Fungsi

Menyediakan latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang teknologi dan bisnes kepada komuniti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih Negara.

Visi

Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi

Meluaskan akses pendidikan melalui program pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi.

Dasar Kualiti

JPKK dan Kolej Komuniti KPT adalah peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran dalam membangunkan potensi pelajar ke arah perkembangan dalam bidang teknologi dan bisnes dengan mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. JPKK dan Kolej Komuniti KPT memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala.

Objektif

Objektif penubuhan Kolej Komuniti adalah :

  • Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :

    • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
    • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (K-Community)
    • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat
    • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan stakeholder
    • Menyediakan kemudahan,perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti

Moto

"Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran"