Unit Peperiksaan

Bertanggungjawab di dalam menguruskan hal berkaitan dengan peperiksaan seperti menyediakan dewan untuk peperiksaan, tarikh peperiksaan akhir,mengeluarkan keputusan dan slip peperiksaan dan juga bertanggungjawab untuk menguruskan rayuan semakan semula keputusan peperiksaan.
Unit peperiksaan juga bertanggungjawab menyelaras bank soalan, menyimpan dan mengeluarkan soalan serta mengemaskinidata - data berkaitan dengan soalan dan keputusan peperiksaan pelajar.

Melalui Pegawai Peperiksaan iaitu Pn Nithiya a/p Subramaniam, beliau akan memastikan bahawa pensyarah Kolej Komuniti Jasin menjalankan penilaian secara formatif, pengujian pelajar dibuat melalui penilaian berterusan dan juga penilaian akhir.

Objektif Unit Peperiksaan

  • Merancang, menyedia dan menyelaras program-program aktiviti peperiksaan.
  • Mengeluar dan mengedarkan arahan peraturan dan pekeliling berkaitan peperiksaan.
  • Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen-dokumen atau borang yang berkaitan dengan peperiksaan.
  • Memastikan semua keperluan asas peperiksaan disediakan.
  • Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej.
  • Menyedia dan mengedarkan semua keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej dan Lembaga Peperiksaan Kolej (slip, transkrip ataupun Sijil / Diploma)

Objektif Kualiti

Unit Peperiksaan mempunyai dua objektif kualiti seperti termaktub di dalam Manual Kualiti MS ISO 9001:2000. Objektif tersebut adalah:

  • Memastikan keputusan peperiksaan semester satu dan dua dikeluarkan dalam masa dua minggu selepas semester berakhir.
  • Memastikan keputusan peperiksaan semester empat disedia rujuk (available) oleh pelajar dalam masa seminggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat.

Carta Organisasi Unit Peperiksaan


Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Peperiksaan, Pn Nithiya a/p Subramaniam di talian 06-2631616 (samb 122) atau email kepada nithiya@kkjs.edu.my