Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran Kolej Komuniti Jasin merupakan pusat pentadbiran yang menyediakan perkhidmatan umum termasuk perkhidmatan merekod, kewangan, pengurusan infrastruktur, penyeliaan dan rekod-rekod lain untuk pensyarah, pelajar dan orang awam. Selain menjalankan perkhidmatan harian, unit ini juga bertanggungjawab dalam perancangan bajet dan persediaan infrastruktur masa depan untuk kelancaran dan keberkesanan pengurusan kolej komuniti.
Objektif
Seiring dengan misi dan visi Kolej Komuniti untuk menjadi salah sebuah institusi yang terbaik di Malaysia serta mensasarkan perkhidmatan yang yang berkualiti dan berkesan.
Bidang Tugas
Perjawatan
- Urusan kenaikan pangkat Warga Kolej Komuniti Jasin
- Urusan hal perlantikan staf baru dilantik untuk melapor diri
- Menguruskan pertukaran staf
- Urusan pengesahan perlantikan
- Urusan persaraan wajib dan persaraan pilihan sendiri
Kewangan
- Urusan bayaran gaji staf
- Urusan kutipan hasil kerajaan dan yuran pendaftaran pelajar
- Bayaran melalui pesanan kerajaan (L/O)
- Proses penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
- Urusan tuntutan elaun perjalanan dan elaun lebih masa staf
Pengurusan Stor
- Perolehan melalui pembelian terus dan kontrak pusat
- Perolehan melalui sebutharga
- Urusan mengeluarkan stok bekalan/peralatan
- Merekod pesanan tempatan
- Menerima bekalan peralatan melalui sebutharga
Perkhidmatan
- Pengurusan e-SIS
- Urusan Pinjaman Perumahan
- Urusan cuti staf
- Urusan perakam waktu
- Urusan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi kakitangan akademik dan sokongan
Panduan Pelajar
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penolong Pegawai Tadbir, Pn Zaitun Bt Mazin di talian 06-2631616 (209) atau emel kpd zaitun@kkjs.edu.my


Kolej Komuniti Jasin