Unit Pembangunan & Penyelenggaraan
Unit Pembangunan Dan Penyelenggaran merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur di sekitar kampus. Kerja kerja pembangunan infrastruktur dirancang dan dilaksanana bagi meningkatkan kualiti prasarana. Penyelenggaraan dirancang dan dilaksana bagi memastikan bahawa semua kemudahan berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan setiap masa. Selain itu ini adalah bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran disamping mewujudkan persekitaran kerja dan belajar yang selesa dan kondusif.
Skop Kerja
Awam / Bangunan
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan ruang/ bilik.
- Melakukan penyelenggaraan dan pembaikan terhadap kelengkapan bangunan yang rosak
- Menyelenggara sistem kumbahan dan sanitasi secara berkala.
- Memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan yang baik.
Mekanikal
- Mengelenggara sistem penghawa dingin secara berkala.
- Menyelenggara kenderaan jabatan secara berkala ( Bas,Coaster,Van dan SUV )
- Menyelenggara sistem kawalan kebakaran dan alat pemadam kebakaran secara berkala
Elektrikal
- Menyelenggara sistem elektrik secara berkala.
Aset
- Menyelenggara peralatan pejabat dan peralatan bengkel/ makmal.
Panduan Pelajar
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi Norhafizan Bin Majid di talian 06-2631616 (134) atau email kepada norhafizan@kkjs.edu.my


Kolej Komuniti Jasin