Unit Perhubungan & Latihan Industri
Latihan Industri wajib ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil. Pelajar ditempatkan di jabatan kerajaan atau swasta selama 5 bulan. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.
Objektif
- Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
- Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
- Membolehkan pelajar melihat perkaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja praktikal
- Untuk mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri.
- Untuk mengamalkan semangat amanah dan bertanggungjawab.
- Untuk mengukuhkan keyakinan diri.
- Untuk menyediakan satu laporan latihan indutri setelah tamat latihan.
Penempatan Latihan Industri
Tempat latihan yang sesuai atau yang diingini oleh pelajar-pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:
- Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar.
- Kekosongan tempat latihan.
- Permintaan dari firma atau jabatan tertentu dan didapati sesuai.
Laporan Latihan Industri
Setiap pelajar diwajibkan menulis Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKJS. Garis panduan ini perlu dipatuhi sepenuhnya dan LLI akan ditolak jika tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Oleh itu setiap pelajar mestilah memahami garis panduan ini sebelum memulakan penulisan. Hasil tulisan mestilah asli dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri.
Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana:
- Menjadi bukti kepada latihan yang telah diikuti Laporan yang baik dan bermutu boleh digunakan sebagai dokumen sokongan dalam temuduga
- Pihak Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan cuba menempatkan pelajar-pelajar ke tempat latihan yang sesuai dengan kursus yang diikuti di setiap Pihak Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Walau bagaimanapun, adakalanya pelajar ditempatkan di firma yang aktivitinya tidak sepenuhnya mengikut kehendak kursus yang pelajar ikuti.
- Dalam hal sedemikian pelajar tidak seharusnya menyalahkan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mengambil tindakan yang boleh merosakkan imej institusi ini kerana objektif utama latihan industri ialah untuk memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan. Pelajar perlu menggunakan kesempatan ini untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan belajar menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan yang dihajati.
Panduan Pelajar
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi Pn Saripah Bt Abdullah di talian 06-2631616 (samb 123) atau email kepada saripah@kkjs.edu.my


Kolej Komuniti Jasin