Unit Kualiti

Unit Kualiti yang diketuai oleh Pegawai Sistem Kualiti, Pn Siti Norazian Binti Miskam yang bertanggungjawab khusus untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan sistem pengurusan kualiti, di samping menjadi penyelaras (koordinator) kepada penyelaras - penyelaras kualiti di jabatan dan unit.

Unit Kualiti turut bertanggungjawab untuk memantau agar semua prosedur di dalam dokumen MS ISO 9001:2000 dipatuhi oleh warga kerja Kolej Komuniti Jasin. Selain daripada merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program berkaitan pengurusan kualiti bagi memantapkan budaya kerja cemerlang, Unit Kualiti dengan kerjasama Pasukan Juruaudit Dalaman bertanggungjawab berurusan dengan pihak pengurusan untuk menangani sebarang masalah atau kelemahan supaya tindakan penambahbaikan boleh diambil secara berterusan dan berkesan.

Antara aktiviti Unit Kualiti dilaksanakan secara berterusan setiap semester termasuklah:

  • Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Unit Kualiti
  • Taklimat Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2000
  • Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Peringkat Kolej
  • Audit Dalaman
  • Mesyuarat Pra Kajian Semula Pengurusan (KSP) Peringkat Kolej
  • Penilaian Proses Pengajaran Pensyarah
  • Penilaian Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Kaji selidik Perkhidmatan dan Kemudahan

Dokumen Kualiti MS IS0 9001:2008

Para pensyarah yang terlibat di dalam pengurusan Dokumen Kualiti MS IS0 9001:2008 diminta untuk memuat turun dokumen - dokumen berikut untuk memastikan perjalanan pengurusan Sistem Kualiti berjalan lancar.


Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Sistem Kualiti, Pn Siti Norazian Binti Miskam di talian 06-2631616 (182) atau emel kpd norazian@kkjs.edu.my