Unit Kaunseling

Unit Kaunseling Kolej Komuniti Jasin bertanggungjawab dalam megenalpasti keperluan perkhidmatan Unit Kaunseling melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan para pelajar, ibu bapa dan juga warga Kolej Komuniti Jasin sendiri. Melalui Pegawai Kaunseling iaitu Pn Datin Sakinah Bt Mupit, beliau akan memastikan bahawa Unit Kualiti Kolej Komuniti Jasin dapat menjalankan mengelola dan melaksanakan aktiviti Kaunseling secara berkelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum

Antara tanggungjawab Unit Kaunseling yang dilaksanakan secara berterusan setiap semester termasuklah:

  • Mengumpul, menyelia, dan menyebar maklumat Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional.
  • Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, pensyarah, kakitangan sokongan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar
  • Memberi khidmat kaunseling yang bersifat penggayaan, pemulihan, pencegahan dan pengembangan kepada kamuniti setempat.
  • Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, pensyarah, kakitangan sokongan dan siapa sahaja yang memerlukannya
Unit Kaunseling juga terlibat dalam menguruskan hal berkaitan dengan alumni dan kajian pengesanan graduan Kolej Komuniti Jasin.

Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Kauseling, Pn Datin Sakinah Bt Mupit di talian 06-2631616 (119) atau emel kpd datin@kkjs.edu.my