Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Matlamat Unit ICT KKJS adalah untuk memantau dan melaksanakan kerja - kerja berkaitan rangkaian kampus KKJS,penyelenggaraan komputer (samada di makmal/staf) dan juga pemantauan dan pengemaskinian laman web kolej.. Unit ICT KKJS juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat teknikal kepada para pensyarah dan kakitangan kolej dalam memastikan segala urusan berkaitan ICT dapat dijalankan dengan effisyen sejajar dengan pembangunan ICT yang mutakhir.

Aktiviti Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

  • Penyelenggaraan dan Pembaikpulihan komputer di makmal, komputer Pentadbiran dan komputer Pensyarah
  • Pengendalian dan pemantauan rangkaian kampus Kolej Komuniti Jasin
  • Bantuan teknikal untuk sistem-sistem di Unit Pentadbiran seperti eSPKB, e- Perolehan, e-SIS dan Sistem Pangkalan Data Kursus Pendek
  • Membangun dan mengemaskini laman web Kolej Komuniti Jasin
  • Khidmat nasihat teknikal berkaitan penggunaan ICT terkini

Hubungi Kami

Pen. Peg. Teknologi Maklumat, En Firdaus Bin Ibrahim di talian 06-2631616 (115) atau email firdausibrahim@kkjs.edu.my

Juruteknik Komputer, En Mohd Shahril Bin Mahmod di talian 06-2631616 (186)

Juruteknik Komputer, Cik Nur Hazwani Bt Jaafar di talian 06-2631616 (187)