Unit Hal Hal Pelajar

Unit Hal-Hal Pelajar (HHP) Kolej Komuniti diletakkan di bawah pengawasan Pengarah, diuruskan bersama oleh Pegawai Hal-Hal Pelajar dan Pegawai Pengambilan serta beberapa penyelaras.

Terbahagi kepada dua unit iaitu

  • Unit Pengambilan & Data Pelajar
  • Unit Kebajikan & Disiplin.

Unit Pengambilan & Data Pelajar

Objektif Unit

Melaksanakan tugas pengambilan, kemasukan, pendaftaran serta mendokumentasi data dan rekod pelajar

Fungsi Unit

Merancang pengurusan dan mengawalselia hal-hal berkaitan pengambilan, data dan rekod pelajar KKJS.

Fungsi & Aktiviti Unit
  • Pengambilan dan Kemasukan pelajar
  • Pendaftaran pelajar.
  • Pengurusan data dan rekod pelajar.
  • Permohonan pertukaran, penangguhan dan berhenti pengajian.

Unit Kebajikan & Disiplin

Unit Kebajikan & Disiplin adalah unit yang merancang, mengurus dan memantau hal hal kebajikan pelajar.
Unit Kebajikan & Disiplin bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan berikut:
  • Kebajikan dan sosial pelajar
  • Skim caruman insurans pelajar
  • Membantu dalam pengurusan penginapan pelajar
  • Urusan disiplin pelajar
  • Menyelaras penubuhan kelab dan persatuan
  • Mengurus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
  • Memantau pemberian elaun wang saku pelajar

Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Pengambilan, Pn Nor Azliza Binti Che Ali di talian 06-2631616 (177) atau emel kepada norazliza@kkjs.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En Zarulrizam Bin Ab Jalil di talian 06-2631616 (198) atau emel kepada zarulrizam@kkjs.edu.my