Kejohanan Sepaktakraw Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan

  • TARIKH : Mei 2009
  • TEMPAT : Dewan Sepaktakraw Segamat, Johor

Pasukan Sepaktakraw KKJS yang dikendalikan oleh Pegawai Sukan & Ko-Kurikulum, En Azuan Bin Ali telah muncul JUARA dalam Kejohanan Sepaktakraw Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan. Kejohanan yang berlangsung pada bulan Mei 2009 telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat bertempat di Dewan Sepaktakraw Segamat. Kehebatan pasukan KKJS terserlah setelah berjaya menewaskan pasukan dari Kolej Komuniti Bukit Beruang di peringkat akhir.

Kejohanan Sukan MASKOM 2009

  • TARIKH : 21 - 25 Jun 2009
  • TEMPAT : Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan
Pasukan Sepaktakraw Wilayah 4 di bawah bimbingan En Azuan Ali terus berjuang ke peringkat akhir apabila menjadi JOHAN pada Kejohanan Sukan MASKOM yang berlangsung di Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan pada 21 - 25 Jun 2009. Pasukan sepaktakraw Wilayah 4 muncul juara menerusi kemenangan ke atas pasukan regu dari Wilayah 1 pada perlawanan akhir.


Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi En Mohd Azuan Bin Ali di talian 06-2631616 (143) atau email kepada azuan@kkjs.edu.my