Syarat Menduduki Peperiksaan

  • Telah mendaftar pengajian
  • Telah mendaftar kursus
  • Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan. Bagi pelajar yang sakit, hendaklah mengemukakan surat akuan doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada 2 hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari satu semester.

Sistem Gred Markah Pelajar

  • Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenaran atau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau hal-hal yang dibenarkan akan diberi gred TL (Tidak Lengkap).
  • Pelajar yang mendapat grad TL (Tidak Lengkap) akan diberi gred baru setelah melengkapkan kerja-kerja penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sistem Nilaian Markah Pelajar

  • Sistem penilaian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah berdasarkan kepada penilaian formatif prestasi bagi setiap pelajar di dalam sesuatu program, sistem penilaian ini juga dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata..
  • Mengikut Sistem Nilaian Mata bagi sesuatu kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti jadual (sistem gred markah pelajar). Penilaian prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilai Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA), yang mana Purata Nilai Mata (PNM) dihitung seperti berikut :-
  • Bagi mendapatkan markah HPNM pula, formula berikut digunakan :-

Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi En Muhammad Sani Bin Che Idris di talian 06-2631616 atau email kepada Unit Peperiksaan