Apa yang boleh saya pelajari melalui Program Sijil SKS?

Program Sijil SKS antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

  • Asas elektrik dan elektronik.
  • Perkomputeran pejabat
  • Asas sistem komputer dan sistem berdigit
  • Senggaraan dan baikpulih monitor
  • Diagnosis dan senggaraan sistem komputer
  • Pemasangan perkakasan dan perisian komputer
  • Asas rangkaian komputer dan pemasangan kabel rangkaian
  • Hamparan elektronik dan pengurusan rekod

Apakah peluang pekerjaan yang boleh diceburi setelah saya tamat pengajian nanti?

Lulusan Program Sijil SKS berpeluang berkhidmat sebagai

  • Juruteknik komputer di sektor awam dan swasta
  • Juruteknik rangkaian di sektor awam dan swasta
  • Usahawan ICT

Ke manakah lulusan Program Sijil SKS boleh melanjutkan pengajian setelah menamatkan program sijil ini?

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Institusi Pengajian Tinggi yang lain