Program Peringkat Sijil
Kolej Komuniti Jasin menawarkan 4 Program Peringkat Sijil:
- Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
- Kursus Pelukis Pelan Senibina
- Kursus Sistem Komputer & Sokongan
- Kursus Perakaunan Perniagaan.
PROGRAM SIJIL @ KKJS
Program Sistem Komputer & Sokongan
Program Sijil Sistem Komputer & Sokongan merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian disamping kemahiran asas membuat pemasangan komputer dan rangkaian.
Program Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
Program Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan) melengkapkan pelajar dengan pengetahuan & kemahiran dalam bidang rekabentuk asas pengiklanan sehingga tahap aplikasi dan produksi untuk iklan percetakan, televisyen dan laman web
Program Pelukis Pelan Senibina
Program Sijil Pelukis Pelan Senibina menyediakan pelajar mempersembahkan idea dalam bentuk Lukisan Senibina samada secara manual @ lukisan berkomputer (CAD) serta membuat model rekabentuk bangunan secara 2D atau 3D

Kolej Komuniti Jasin
Program Sijil Perakaunan Perniagaan akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan konsep dan prinsip perakauan, penyediaan penyata kewangan, paengauditan, pencukaian dan sistem perakaunan berkomputer.
Program Peringkat Sijil dilaksanakan secara modular di mana penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang pengajian dan peperiksaan dijalankan di akhir semester. pengajian dijalankan bertumpu kepada hands-on iaitu Amali (75%) dan Teori (25%)