Iklan Kemasukan Ke Kolej Komuniti
Iklan kemasukan ke Kolej Komuniti akan diwartakan sebanyak DUA kali setahun di akhbar-akhbar utama seluruh Malaysia
Program Pengajian di KKJS
Kolej Komuniti Jasin menawarkan EMPAT program Sijil dan SATU program Diploma iaitu:
- Program Sijil Pelukis Pelan Senibina
- Program Sijil Perakaunan Perniagaan
- Program Sijil Sistem Komputer & Sokongan
- Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
- Program Diploma Teknologi Senibina
Program Sistem Komputer & Sokongan
Program Sijil Sistem Komputer & Sokongan merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian disamping kemahiran asas membuat pemasangan komputer dan rangkaian.
Program Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
Program Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan) melengkapkan pelajar dengan pengetahuan & kemahiran dalam bidang rekabentuk asas pengiklanan sehingga tahap aplikasi dan produksi untuk iklan percetakan, televisyen dan laman web
Program Pelukis Pelan Senibina
Program Sijil Pelukis Pelan Senibina menyediakan pelajar mempersembahkan idea dalam bentuk Lukisan Senibina samada secara manual @ lukisan berkomputer (CAD) serta membuat model rekabentuk bangunan secara 2D atau 3D
Program Perakaunan Perniagaan
Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan konsep dan prinsip perakaunan, penyediaan penyata kewangan, pendedahan disiplin ilmu (pemasaran, undang - undang perniagaan dan syarikat pengauditan, pencukaian dan statistik), dan perakauan komputer.
Informasi
- Program Sijil Yang Ditawarkan
- Syarat Kemasukan
- Cara Memohon
- Yuran Pengajian
- Bantuan Kewangan
- Pinjaman
- Hubungi Kami