Tabung Pinjaman Pelajaran

Pengenalan

Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957.

Tabung ini diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah KPT diwujudkan. TPP telah mula ditawarkan sejak Julai 2005.

Golongan Sasaran

Pelajar - pelajar di peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti

Syarat - syarat Permohonan

  • Pembiayaan pinjaman pelajaran adalah khusus kepada Kursus Peringkat Sijil & Diploma jangka panjang (Kursus Sepenuh Masa) sahaja iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang -kurangnya 4 semester (Peringkat Sijil) dan 3 semester (Peringkat Diploma)

  • Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk pinjaman hanyalah bagi mereka yang telah mendaftar kursus di mana - mana Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Bagi pelajar sediada, mereka hanya layak dipertimbangkan untuk pembiayaan mulai semester ketika permohonan dibuat dan tidak boleh dikebelakangkan.

Pembiayaan

  • Bilangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada jumlah perunutkan yang diluluskan
  • Kadar pinjaman yang ditawarkan pula dalah sebanyak RM6,000.00 (Sijil) dan RM4,500.00 (Diploma)

Perjanjian

  • Pelajar dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan mengemukakan seorang penjamin
  • Bayaran balik jumlah pinjaman (tanpa caj perkhidmatan) adalah berkuatkuasa selepas 6 bulan pelajar menamatkan pengajian atau setelah mendapat pekerjaan; yang mana terdahulu.