Penyelaras Peperiksaan
- Menerima dan merekod serta menyimpan semua kertas soalan dan skema pemarkahan yang diserahkan oleh Pengubal Soalan.
- Menyelaraskan penyusunan semula soalan-soalan dan skema pemarkahan yang telah dipilih di dalam Mesyuarat Penyelarasan Peperiksaan.
- Mengawasi kerja-kerja penyediaan kertas soalan dan memeastikan kertas soalan yang disediakan adalah sempurna tanpa mempunyai kesilapan yang menjejaskan kualiti sesuatu soalan tersebut.
- Menyelaras penyusunan Jadual Peperiksaan dari kursus yang berkenaan.
- Mengawasi kerja pencetakan dan memastikan sebarang bahan cetakan diselanggara dengan baik dan selamat. .
- Menyusun kertas soalan dan membuat pembungkusan mengikut kursus, tempat dan tarikh peperiksaan di dalam sampul surat tersebut dan ditandakan "SULIT".
- Memastikan susunan kerusi dan meja di dalam dewan / bilik peperiksaan dan lain-lain kelengkapan yang diperlukan disediakan sebelum minggu peperiksaan.
- Menyediakan buku / kertas jawapan dan lain-lain keperluan untuk peperiksaan.
- Menyerahkan kertas soalan, buku / kertas jawapan dan bahan-bahan peperiksaan kepada Ketua Pengawas atau Pengawas di Unit Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
- Menerima skrip jawapan dan bahan-bahan pepriksaan daripada Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan selepas peperiksaan tamat.
- Memastikan jumlah skrip jawapan adalah sama seperti yang dicatatkan di dalam Borang Pengawasan.
- Menyimpan skrip jawapan dengan baik, cermat, selamt di Unit Peperiksaan sehingga diserahkan kepada Pemeriksa Kertas.
- Menyerahkan Slip Maklumat Calon kepada Pemeriksa Kertas untuk diisi di dalam Borang Markah setelah menerima skrip jawapan yang telah diperiksa.
- Menyelaraskan proses kemasukan maklumat pelajar dan markah ke dalam Borang Markah.
- Memastikan Pemeriksa Kertas dan Pensyarah Modul telah memasukkan markah dengan betul ke dalam borang-borang mengikut modul.
- Membuat kerja-kerja pemprosesan markah untuk menghasilkan lembaran markah.
- Menyediakan salinan lembaran markah mengikut jumlah ahli jawatankuasa Peperiksaan Kolej.
- Menandakan modul yang gagal sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej.
- Menyediakan Slip Keputusan Peperiksaan.
- Menyemak hasil cetakan berkaitan dengan keputusan pelajar.
- Menghantar Slip Keputusan Peperiksaan kepada pelajar dan pihak yang berkenaan setelah disemak dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
- Menyediakan dan mempamerkan keputusan peperiksaan di papan kenyataan.
- Memastikan semua rekod dan keputusan peperiksaan disusun dan disimpan dengan baik dan selamat.
- Sentiasa bersedia menerima arahan dari Pegawai Peperiksaan dari masa ke semasa berkaitan soalan / penggubalan. peperiksaan dan penilaian pelajar, data / rekod pelajar, pengeluaran sijil dan pengurusan unit amnya.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari masa ke semasa.
Panduan Pelajar
- Direktori Staf
- Panduan Pegawai Peperiksaan
- Penyelaras Peperiksaan
- Pindaan Peraturan
- Sistem Gred Pelajar
- Sistem Nilaian Mata
- Urusan Portal IDBMS
- Urusan Portal IDBMS Pelajar
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi En Muhammad Sani Bin Che Idris di talian 06-2631616 atau email kepada Unit Peperiksaan