Pengenalan
Kolej Komuniti Jasin merupakan salah sebuah dari pada 37 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia. Kolej Komuniti ini menawarkan pelbagai kursus di peringkat sijil iaitu Kursus Pelan Senibina, Multimedia Pengiklanan, Perakaunan Perniagaan dan Sistem Komputer Sokongan.
Kolej Komuniti Jasin telah mula beroperasi pada 2005 di kampus tetap di Taman IKS Merlimau. Kolej Komuniti Jasin telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pengurusan dan tujuan pembelajaran, Kemudahan seperti makmal komputer dan rangkaian internet kampus juga turut disediakan.
Selain itu, semua kolej komuniti di seluruh malaysia disambungkan dengan rangkaian yang di panggil E-Vlink. E-vlink merupakan satu projek untuk menyambungkan setiap kampus rangkaian di seluruh Malaysia. Pelbagai kemudahan disediakan oleh projek E-Vlink ini untuk kegunaan kolej, termasuk memusatkan pelayan (server ) di pusat data (data center) di Cyberjaya
Salah satu cara untuk memaksimumkan penggunaan perkhidmatan E-vlink di kolej komuniti adalah Portal Kolej Komuniti. Portal yang disediakan itu dilengkapi dengan kemudahan untuk membina subdomain sendiri. Oleh yang demikian pihak kolej telah merancang untuk menjalankan satu projek khidmat komuniti yang digelar Portal E-Komuniti. Dalam perancangan ini, setiap kampung akan diberikan satu portal untuk diuruskan oleh kampung itu sendiri.
Kolej Komunti Gerik telah dipilih sebagai perinitis untuk menjalankan program Portal E-komuniti ini di kawasan Hulu Perak pada pertengahan 2007 dan kini projek tersebut akan dijalankan di semua kolej komuniti di seluruh Malaysia, termasuklah Kolej Komuniti Jasin.
Buletin Kursus Pendek
- Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
(Jumaat 24 April 2009– Informasi Staf) - Mesyuarat Jawatankuasa Unit ICT KKJS
(Jumaat 24 April 2009– Informasi Staf) - Penampilan Audit Dalaman KPT
(Isnin, 20 April 2009 – Informasi Staf) - Pemulangan Borang SKT 2009
(Isnin, 20 April 2009 – Informasi Staf)