Program Pengajian di KKJS

Kolej Komuniti Jasin menawarkan pelbagai program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) iaitu:

  • Program Sijil Modular Kebangsaan Lukisan Senibina
  • Program Sijil Modular Kebangsaan Fotografi Komersial
  • Program Sijil Modular Kebangsaan Pengkeranian Perakaunan
  • Program Sijil Modular Kebangsaan Pengoperasian Perniagaan
  • Program Sijil Modular Kebangsaan Rangkaian Komputer

Program SMK Lukisan Senibina

  • Objektif Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Lukisan Senibina adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengeetahuan yang cukup untuk melakasanakan tugasan didalam bidang lukisan senibina.
  • Peserta akan diberi latihan kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan lukisan persembahan senibina. Kemahiran yang akan didedahkan kepada peserta adalah lukisan geometri senibina, latihan asas lukisan pelan, keratan dan pandangan, lukisan asas persembahan senibina, lukisan 3D berbantu komputer dan lukisan persembahanberbantu komputer. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja di dalam bidang ini samada sebagai seorang pekerjaataupun seorang usahawan.

Program SMK Fotografi Komersial

  • Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang Fotografi Komersial adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran danpengetahuan yang cukup untuk melaksanakan tugas di dalam bidang Fotografi Iklan.
  • Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai fotografi yang mempunyai ciri-ciri untuk kegunaan bidang komersil. Peserta didedahkan tentang kaedah penggunaan kamera, peralatan pencahayaan secara teori dan praktikal. Penekanan dari segi idea, konsep serta art direction diterapkan kepada pelajar sebagai panduan menghasilkan foto yang berkesan dan menepati kehendak klien.

Program SMK Pengkeranian Perakaunan

  • Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang Pengkeranian Perakaunan adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan tugas di dalam bidang Pengkeranian Perakaunan.

Program SMK Pengoperasian Perniagaan

  • Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang Pengoperasian Perniagaan adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan tugas di dalam bidang Pengoperasian Perniagaan

Program SMK Rangkaian Komputer

  • Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang Rangkaian Komputer adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan tugas di dalam bidang Rangkaian Komputer