Latar Belakang KKJS
Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000.
Konsep penubuhan Kolej Komuniti Jasin adalah berdasarkan keperluan masyarakat setempat dan berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Di samping itu, penubuhan Kolej Komuniti Jasin juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan latihan dan pendidikan secara berterusan bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan (K-Community)
Kolej Komuniti Jasin mula beroperasi di kampus tetapnya pada tahun 2005 dan kini telah mempunyai seramai 285 pelajar untuk Program Sijil dan Program Sijil Modular Kebangsaan.
KENALI KKJS
Pengurusan & Akademik
Kolej Komuniti Jasin kini telah mempunyai seramai 24 kakitangan sokongan dan 57 pensyarah
Kakitangan Akademik
- Unit Hal Hal Pelajar
- Unit Perhubungan & Latihan Industri
- Unit Multimedia & Sumber
- Unit Peperiksaan
- Unit Kaunseling
- Unit Kualiti
- Unit Khidmat Pelanggan
Kakitangan Sokongan
Kenapa Memilih Kolej Komuniti Jasin?
Kolej Komuniti Jasin menawarkan pelbagai peluang pembelajaran kepada semua peringkat umur masyarakat.
- Persekitaran Pembelajaran
Kolej Komuniti Jasin menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa serta persekitaran kampus yang unik dengan lanskap menghijau serta kemudahan-kemudahan rekreasi dan aktiviti bersukan. - Perkhidmatan dan Kemudahan Berkualiti
Kolej Komuniti Jasin menyediakan satu suasana akademik yang unik dan menggalakkan gaya hidup yang sihat dan kondusif untuk pelajar melalui pelbagai perkhidmatan sokongan dan kemudahan di sekitar kampus kolej. KKJS juga dilengkapi dengan sistem rangkaian kampus dan kemudahan "Wireless" untuk pelajar. - Pembelajaran Sepanjang Hayat
Semua pelajar KKJS berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil dan diploma. Melalui Kursus - kursus pendek yang dikendalikan oleh pihak kolej, para pelajar berpeluang menambahkan kemahiran dan pengetahuan di dalam pelbagai bidang. . - Kecemerlangan Pengajaran
KKJS mempunyai seramai 50 kakitangan akademik yang berdedikasi dalam pendidikan dan penyelidikan bagi memenuhi keperluan akademik dan profesional pelajar-pelajarnya
Hubungi Kami
KOLEJ KOMUNITI JASIN
KM24, Taman IKS Merlimau
Jalan Muar
77300 Merlimau
Melaka
Tel : 06-2631616
Faks : 06-2631717
Email : kkjasin@kkjs.edu.my


Kolej Komuniti Jasin