
Program Sijil Yang Ditawarkan
Program Pengajian di KKJS
Kolej Komuniti Jasin menawarkan EMPAT program Sijil iaitu:
- Program Sijil Pelukis Pelan Senibina
- Program Sijil Perakaunan Perniagaan
- Program Sijil Sistem Komputer & Sokongan
- Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan
Untuk Permohonan Program Sijil Kolej Komuniti
- Warganegara Malaysia
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
- Calon-calon dari komuniti setempat akan diberi keutamaan.
- Calon SPM Tahun 2009 juga layak memohon secara bersyarat (Hanya menggunakan keputusan percubaan SPM)
Cara Memohon
Cara Memohon
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dilakukan secara Walk-In iaitu datang terus ke Kolej Komuniti Jasin untuk proses permohonan.
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian
- Yuran Pengajian setiap semester : RM 200.00 (*bayaran melalui wang pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti Jasin)
- Yuran Pelbagai : RM 168.00 (*bayaran melalui slip bank)
- Yuran Koperasi : RM 20.00 (*bayaran melalui slip bank)
- Yuran Insurans (semasa pendaftaran masuk) :RM 32 .00 *secara tunai
Bantuan Kewangan
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (ELAUN)
Definisi
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komunti (BKPKK) bermaksud bayaran yang dibuat kepada pelajar peringkat Sijil/Diploma di Kolej Komuniti yang memohon berdasarkan syarat - syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
Syarat & Kriteria Pemberian Bantuan Kewangan
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Elaun diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat Sijil atau Diploma jangka panjang sahaja iaitu melibatkan tempoh pengajian sekurang - kurangnya 4 semester (peringkat Sijil) dan maksimum
- Pelajar yang layak diberikan elaun ialah pelajar yang mempunyai keluarga/penjaga sah yang berpendapatan bulanan RM1000.00 ke bawah, RM1001 - RM1300 dengan jumlah minima tanggungan 6 isirumah & pendapatan dari RM1301 - RM1500 dengan jumlah mimima tanggungan 7 isirumah.
- Pelajar disyaratkan menandatangani perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan Kerajaan.
- Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin.
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain.
NOTA Bilangan tanggungan termasuk pemohon, ibu dan bapa (anak -anak yang telah bekerja @ berumahtangga dan berumur 21 tahun ke atas tidak lagi menjadi tanggungan ibubapa/penjaga kecuali anak kurang upaya atau masih menuntut di IPT)
Berapakah Kadar Bantuan Yang Diberikan?
Kadar Bantuan Kewangan yang ditetapkan adalah RM250.00 sebulan (RM1,500.00 per semester)
Jumlah maksimum bayaran bantuan kewangan adalah RM6,000.00 (tempoh maksimum 4 semester tanpa perlanjutan untuk peringkat sijil) dan RM4,500.00 (tempoh maksimum 3 semester tanpa perlanjutan untuk peringkat diploma)
Bagaimana Untuk Memohon?
Bagi pelajar yang ingin mendapatkan bantuan kewangan ini hendaklah membuat permohonan secara online menerusi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
Akses modul permohonan hanya diberikan kepada Pegawai Biasiswa atau Pegawai Hal Hal Pelajar Kolej Komuniti sahaja. Oleh yang demikian bagi pelajar yang ingin membuat permohonan, mereka hendaklah berurusan dengan Pegawai Biasiswa atau Pegawai Hal Hal Pelajar kolej masing - masing terlebih dahulu.

Kolej Komuniti Jasin