Pengenalan
Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.
Objektif
Objektif perlaksanaan Program Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah :
- Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
- Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
- Mengurangkan masalah sosial belia
- Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
- Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan


Kolej Komuniti Jasin