Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti dengan Politeknik?
Kursus di kolej komuniti menekankan aktviti hands on atau praktikal di mana nisbah Teori dengan Amali adalah 25% : 75%
Berapakah tempoh pengajian bagi Program Peringkat Sijil di Kolej Komuniti?
Tempoh pengajian minimum adalah 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksimum ialah 5 tahun (10 semester). Setiap pelajar juga DIWAJIBKAN menjalani dan LULUS Latihan Industri selama 6 bulan yang akan dilaksanakan pada semester 3
Adakah Kolej Komuniti menyediakan kemudahan penginapan?
Pihak Kolej Komuniti TIDAK menyediakan asrama atau tempat penginapan
Apakah kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti?
Pihak Kolej Komuniti menyediakan kemudahan - kemudahan seperti:
- Bilik Kuliah
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Perpustakaan
- Percetakan
- Kemudahan Sukan
- Kemudahan "Wireless" di lokasi tertentu
Adakah Program Sijil Kolej Komuniti diiktiraf?
Sehingga kini, sebanyak 18 kursus telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala baki 4 kursus lagi didalam proses mendapatkan pengiktirafan JPA. Antara kursus yang telah diiktiraf JPA termasuklah:
- Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu
- Kursus Automotif
- Kursus Pelukis Pelan Senibina
- Kursus Penyenggaraan Bangunan
- Kursus Teknologi Pembinaan
- Kursus Teknologi Elektrik
- Kursus Sistem Komputer & Sokongan
- Kursus Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
- Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
- Kursus Fesyen dan Pakaian
- Kursus Hotel Dan Katering
- Kursus Teknologi Maklumat
- Kursus Pelancongan & Penggembaraan
- Kursus Perakaunan Perniagaan
- Kursus Penyejukan & Penyamanan Udara
- Kursus Rekabentuk Dalaman
- Kursus Landskap & Pengurusan Nurseri
Informasi
- Program Sijil Yang Ditawarkan
- Syarat Kemasukan
- Cara Memohon
- Yuran Pengajian
- Bantuan Kewangan
- Pinjaman
- Hubungi Kami