Kaedah Permohonan
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibuat secara atas talian
Permohonan Atas Talian (Online)
Borang permohonan secara atas talian hanya boleh diperolehi dengan menggunakan Nombor PIN.
Nombor PIN Kolej Komuniti boleh didapati di mana-mana cawangan BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) dengan harga RM6.00 mulai tarikh iklan disiarkan.
- Kad Pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon perlu dikemukakan oleh pemohon atau wakilnya semasa pembelian nombor PIN.
- Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan pemohon dengan betul berserta Nombor PIN enam (6) digit.
- Maklumkan kepada pihak BSN bahawa anda ingin membeli Nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti KPTM. Gunakan Nombor PIN tersebut untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti KPTM.
- Pemohon hendaklah mencetak butiran permohonan. Pindaan butiran HANYA boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Semakan data dan keputusan permohonan secara on-line hanya boleh dilakukan oleh calon yang memohon menggunakan kaedah ini sahaja.
Informasi
- Program Sijil Yang Ditawarkan
- Syarat Kemasukan
- Cara Memohon
- Yuran Pengajian
- Bantuan Kewangan
- Pinjaman
- Hubungi Kami