Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Pengenalan
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina dan bangsa dan dijalankan secara sepenuh masa.
Objektif Perlaksanaan Program SMK
- Menyediakan laluan alternatif dan peluang kedua kepada pelajar lepasan menengah melalui program kemahiran, latihan dan pendidikan
- Menyediakan latihan kemahiran dan pendidikan kepada semua peringkat masyarakat
- Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti
- Menyediakan latihan peningkatan kemahiran (upskilling), latihan semula (re-skilling) dan latihan kepelbagaian (multi-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat.
Kelebihan Program Sijil Modular Kebangsaan
- Berasaskan proses kerja sebenar membolehkan pelajar memasuki pasaran kerja
- Kurikulum Berbentuk Modular : berdiri dengan sendirinya (stand alone). Setiap modular SMK tidak memerlukan modular lain sebagai pra-syarat kemasukan.
- Setiap SMK mempunyai Jam Kredit mengikut keperluan MQA.
- Pelajar boleh mengambil mana - mana SMK mengikut keperluan dan kehendak masing - masing
- Beberapa program SMK boleh digabungkan untuk persijilan lebih tinggi ataupun Persijilan Kemahiran Malaysia
- Menyediakan peluang kedua bagi individu yang terlepas peluang pendidikan tinggi untuk memajukan diri dan menceburi bidang kemahiran bagi menikmati kepelbagaian latihan sepanjang hayat.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat - syarat Permohonan Kemasukan Pelajar Sijil Modular Kebangsaan:- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
- Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon.
- Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi program Sijil Modular Kebangsaan dilaksanakan seperti berikut:- 3 Bulan : Program SMK 3 Bulan
- 4 Bulan : Program SMK 4 Bulan
- 5 Bulan : Program SMK 5 Bulan
- 6 Bulan : Program SMK 6 Bulan
Yuran Pengajian
- Yuran Pengajian : RM 10.00 sebulan
Elaun Wang Saku Pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Mulai Ogos 2011 pemberian Elaun Wang Saku telah diberikan kepada pelajar pada kadar RM 250.00 seorang sebulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap;
- Tidak mempunyai penaja lain;
- Mendaftar sebagai pelajar SMK di KK sepenuh masa;
- Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM 3,000.00; dan
- Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA atau mengulang LA adalah tidak layak).
Hal - Hal Lain
Makluman kepada semua pelajar, Kolej Komuniti Jasin TIDAK MENYEDIAKAN kemudahan penginapan kepada pelajar. Sehubungan itu, pihak pengurusan kolej hanya akan membantu dalam mendapatkan rumah sewa bagi pelajar. Segala urusan berkaitan kadar sewaan dan kemudahan hendaklah berbincang dengan pemilik rumah sewa.
Berikut adalah merupakan program - program Sijil Modular Kebangsaan yang akan ditawarkan untuk sesi pengajian Januari 2012.
| BIL | NAMA PROGRAM | KOD MODULAR | TEMPOH |
|---|---|---|---|
| 1 | Fotografi Iklan | P14M01 | 6 Bulan |
| 2 | Fotografi Studio | P14M02 | 6 Bulan |
| 3 | Fotografi Kreatif | P14M03 | 6 Bulan |
| BIL | NAMA PROGRAM | KOD MODULAR | TEMPOH |
|---|---|---|---|
| 1 | Lukisan Persembahan Senibina | P18M01 | 6 Bulan |
| 2 | Lukisan Kerja Senibina | P18M02 | 6 Bulan |
| 3 | Pembuatan Model Senibina | P18M03 | 4 Bulan |
| BIL | NAMA PROGRAM | KOD MODULAR | TEMPOH |
|---|---|---|---|
| 1 | Asas Perakaunan | P11M01 | 6 Bulan |
| 2 | Aplikasi Komputer Dalam Perakaunan | P11M02 | 3 Bulan |
| 3 | Sistem Perakaunan Berkomputer | P11M03 | 6 Bulan |
| BIL | NAMA PROGRAM | KOD MODULAR | TEMPOH |
|---|---|---|---|
| 1 | Pengendalian Pejabat | P10M01 | 5 Bulan |
| 2 | Pengendalian Sumber Manusia | P10M02 | 5 Bulan |
| 3 | Pengendalian Pemasaran | P10M03 | 5 Bulan |
| BIL | NAMA PROGRAM | KOD MODULAR | TEMPOH |
|---|---|---|---|
| 1 | Pembangunan Rangkaian | P21M01 | 5 Bulan |
| 2 | Penstrukturan Rangkaian | P21M02 | 5 Bulan |
PERMOHONAN SMK SESI JANUARI 2012
PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN PROGRAM SMK SESI JANUARI 2012 TELAH DITUTUP!
Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung kemasukan pelajar, sila hubungi Pegawai Hal Hal Pelajar (Pengambilan & Data), Pn Nor Azliza Binti Che Ali di talian 06-2631616 (177) atau emel kepada norazliza@kkjs.edu.my
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

Informasi
- Program Sijil Yang Ditawarkan
- Syarat Kemasukan
- Cara Memohon
- Yuran Pengajian
- Elaun Wang Saku Pelajar SMK
- Hubungi Kami
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Hal Hal Pelajar (Pengambilan & Data), Pn Nor Azliza Binti Che Ali di talian 06-2631616 (177) atau emel kepada norazliza@kkjs.edu.my


Kolej Komuniti Jasin