Elaun Wang Saku Pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK)

Mulai Ogos 2011 pemberian Elaun Wang Saku telah diberikan kepada pelajar pada kadar RM 250.00 seorang sebulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia

  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap;

  • Tidak mempunyai penaja lain;

  • Mendaftar sebagai pelajar SMK di KK sepenuh masa;

  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM 3,000.00; dan

  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA atau mengulang LA adalah tidak layak).