Persatuan Alumni Kolej Komuniti Jasin

Unit Kaunseling juga terlibat dalam menguruskan hal berkaitan dengan alumni dan kajian pengesanan graduan Kolej Komuniti Jasin. Selaras dengan Visi dan Misi, Kolej Komuniti Jasin dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing melalui pembelajaran yang berterusan dicapai, Persatuan Alumni Kolej Komuniti ditubuhkan untuk memastikan kualiti dan keberkesanan pembelajaran setiap pelajar dalam mengharungi dunia pekerjaan.

Antara objektif Persatuan Alumni Kolej Komuniti termasuklah :

  • Menyediakan sistem bagi mendapatkan maklumbalas daripada alumni tentang keberkesanan program pengajian demi kemajuan Kolej Komuniti Jasin secara berterusan.
  • Memupuk kerjasama erat dengan Persatuan Alumni dengan organisasi luar dengan mengadakan kerjasama bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar dan graduan dalam urusan latihan praktik / industri kerjaya setiap tahun.
  • Perhubungan dan komunikasi dua hala yang berterusan antara komuniti alumni melalui sistem pangkalan data dan internet setiap masa.

Maklumat Kerjaya

Bagi ahli alumni yang berminat untuk mendapatkan khidmat latihan dan carian pekerjaan, anda boleh melayari laman web berikut untuk maklumat lanjut :- Bagi ahli alumni yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkenaan klasifikasi pekerjaan,, anda boleh melayari laman web berikut untuk maklumat lanjut :-

Panduan Pelajar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Kaunseling, Pn Datin Sakinah Bt Mupit di talian 06-2631616 (119) atau emel kpd datin@kkjs.edu.my