Program Gaya Hidup Sihat 2009

  • TARIKH : 8 Januari 2009
  • TEMPAT : Astaka/Gelanggang Bola Tampar & Tenis

Pada 8 Januari 2009, Kelab Kakitangan KKJS telah mengadakan "Program Gaya Hidup Sihat" bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara staf di Kolej Komuniti Jasin. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Senamrobik, Permainan Tenis & Bola Tampar

Semua staf telah dibahagikan mengikut kumpulan dan mereka telah bersaing dalam permainan/aktiviti yang telah ditetapkan. Hadiah turut disediakan kepada para pemenang.

Potluck Kelab Kakitangan KKJS / Majlis Perpisahan Staf

  • TARIKH : Februari 2009
  • TEMPAT : Kolej Komuniti Jasin

Kelab Kakitangan KKJS telah mengadakan satu Majlis Potluck untuk kakitangan sokongan Cik Norazliana Bt Saiful Baharin bertujuan untuk meraikan kejayaannya melanjutkan pelajaran di dalam Program KPLI. Majlis dimulakan dengan menunaikan Solat Sunat Hajat di Surau Kolej Komuniti Jasin bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Islam di Palestin dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Uztaz Dedi Herman Syah.

Aktiviti diteruskan dengan Majlis Potluck yang diselangselikan dengan ucapan dan penyampaian hadiah harijadi staf, hadiah untuk Program Gaya Hidup Sihat serta cenderamata sebagai tanda ingatan.

Pertandingan Bowling & Sambutan Hari Lahir Pengarah

  • TARIKH : 12 Mac 2009
  • TEMPAT : Ampang Super Bowl, Mahkota Parade, Melaka

Satu Pertandingan Bowling anjuran Kelab Kakitangan KKJS melibatkan staf KKJS telah diadakan pada 12 Mac 2009 di Ampang Super Bowl, Mahkota Parade. Semua staf telah dibahagikan mengikut kumpulan dan pertandingan adalah secara berkumpulan. Tahniah kepada pemenang dan mereka telah diberi hadiah yang agak lumayan.

Program diteruskan dengan membuat kejutan kepada Mantan Pengarah KKJS, En Mohd Hatta Bin Zainal sempena hari lahir beliau pada hari tersebut. Majlis diakhiri dengan makan kek bersama-sama, penyampaian hadiah serta sesi bergambar.

Pesta Makan Buah Durian

  • TARIKH : Jun 2009
  • TEMPAT : Astaka, Kolej Komuniti Jasin

Bersesuaian dengan musim buah-buahan, Kelab Kakitangan KKJS telah menganjurkan kempen makan buah - buahan tempatan yang melibatkan sebanyak 300 biji buah durian untuk dijamu oleh para pensyarah, staf sokongan dan juga para pekerja di KKJS.